Start again?

Let’s just say towards the ending of a hectic semester, I find it interesting to write again. It’s not that I have loyal readers, and probably no one’s reading this anyway but why not eh.

Throughout the years, there have been many events and occurrences that made me think about the biggest question in life; “What’s the purpose of my life?”. This main question has lead to many other of its branches such as my life’s direction, things I want to achieve and how will my journey ends. Of course, as a Muslim we all know the purpose of human’s creation is to worship Allah and be the khalifah on this Earth. But, what does it really mean? <–among the question I had.

Have you ever got a vision or rather a thought that came up out of the blue and it made you think of all these philosophical questions in life? That happened to me (not the first time) recently just before Eidul Fitr when I was sleeping. The moment I woke up, I suddenly started to think of heaven and hell, deeds I’ve done in my life whether they’re good or bad, and imagine what my afterlife would be.

It’s not the most pleasant thing to think at first, but I figured it’s a good thing after all.  It gave me the opportunity to stop and look back, what have I done with my life and set my path right back to where it should be. Alhamdulillah, had I not looked back maybe I would have thought I’m on track and keep going on with my current lifestyle. But that vision somehow helped me to think again and again, the same question, and to ponder more deeply on this matter more than I have ever done in my life. That one brief moment changed my life. The conclusion of all thoughts during that moment made me think a simple question that we might have heard countless times but never really appreciated it.

“Will I be able to go to heaven with this?”

Just stop for a moment and ask this question to yourself. Maybe you would want to change your life after that.

Here's a random pic of something.. I took it when I was in a museum back in London. I think it's a globe.. Who knows.

Here’s a random pic of something.. I took it when I was in a museum back in London. I think it’s a globe.. Who knows.

Facebook dan Politik

Politik.

Musim PRU13 ni seingat aku adalah kali pertama aku boleh berfikir secara matang dan rasional dalam menilai setiap perkara. Sebelum ini aku hanyalah budak sekolah yang tidak tahu apa-apa, tapi hidup sebagai mahasiswa mengajar aku untuk berfikir lebih jauh demi masa depan.

Melihat situasi yang berlaku, aku terpanggil untuk memberi komentar terhadap beberapa perkara.

1. Akhlak berdiskusi

Rata-rata kita berbincang mengenai politik di laman web sosial seperti Facebook dan Twitter. Mahupun ada berbincang di dunia luar, aku rasa lebih banyak dan ‘hangat’ berdebat di alam maya. Aku tak kisah kalau berbincang itu secara ilmiah dan punya akhlak, namun majoriti yang aku tengok menggunakan arguments yang entah apa-apa. Penuh dengan emosi, persepsi, dan arrogant. Nak cerita dari segi bahasa tak perlulah, adik aku pun pandai menilai yang mana berbudi bahasa yang mana tidak.

Mohon kita semua menjaga bahasa dan akhlak. Tidak kiralah dari blok mana, kepada siapa.

2. Kematangan berhujah

Mirip point di atas, tapi aku sengaja nak highlight lagi sebab nak ingatkan kita semua agar meneliti setiap komen dan ucapan yang ingin dilontarkan. Adakah ilmiah? Adakah beneficial? Adakah bersumberkan fakta dan hujah yang logik akal? Atau sekadar emosi? Ataupun copy-paste argument orang lain tanpa boleh generate idea sendiri?

Kita golongan belia, golongan mahasiswa. Seharusnya berbincang secara matang juga.

Kalau anda memanggil orang yang melalak-lalak membuat haruk sebagai Macai, maka jangan tersinggung jika anda digelar Macai di alam Facebook. Di luar mungkin nampak tenang dan bergaya manis, tapi bila tengok kat Facebook, serupa sahaja bahasanya.

Maaf, aku takde niat untuk memacaikan sesiapa. Cuma mohon kita jangan memudahkan orang lain melabel kita.

3. Banyakkan amal, kurangkan lagho

Syok sangat berFacebook, amal di dunia kita lupa. Janganlah.

“Berdakwah di Facebook boleh menaikkan undi satu atau dua. Namun, ketahuilah yang lebih penting adalah berdakwah rumah ke rumah. Itulah dakwah Nabi s.a.w.” demikian kata-kata (rephrased) Prof. Dato’ Dr. Badhrulhisham Abd Aziz, seorang yang saya sangat kagumi dan kasihi. Benarlah kata beliau, kita terlalu sibuk dengan menjadi keyboard warrior, sehingga lupa untuk berjihad di jalan nyata.

Mohon muhasabah diri kita kembali.

Pesanan ini dari aku kepada diri sendiri, juga untuk rakan-rakan semua. Baik dari PAS, UMNO, BERJASA, PKR dan lain-lain juga.

Kita bukan mengejar redha umat manusia, bahkan kita mengaharap redha Allah.

Moga segala yang kita buat hanya keranaNya.

Cats

Cats are everywhere.

In Malaysia, of course.

In my university, you cannot pass a day without seeing a cat or two. Some have bright colors, some are dull. There’s even a mixed one.

Anyhow, I don’t know if I like cats or not. I think they’re cute. But at the same time I think they’re stupid too.

Cats. What do you expect of them Asyraf?

Questions, choices, problems.

Life.

There are so many questions in life. So many choices to be made. So many obstacles to overcome with.

But I’m still seeking for some answers. I made several wrong choices. I stumbled and fell with great humiliation, unable to break through the barriers in life.

Oh Allah, I’m very sorry.

I’m ashamed.

Oh The Most Merciful, will I be ever forgiven?

It’s not like I didn’t try.

“Acap, did you gain weight or you worked out?”

“Wei kau dah gemuk la sial”

“Asyraf, why you look so big now ah?”

Bentuk-bentuk soalan sebegini sering kali aku hadapi sejak bermula semester baru di universiti tercinta ini. Bukan senang nak menjawab, sedangkan hanya dengan mendengar soalan sebegitu rupa pun membuatkan hati ku tak tenteram.

“Ha ha ha tulah pasal. Aku dah gemuk la sekarang” jawapan yang biasa aku lontarkan sambil usap-usap perut.

Bukannya aku tak tahu, malah aku sangat mengambil berat dan risau dengan perkembangan perut aku yang sangat bahagia dan kian hebat ini. Kadang-kadang jealous juga melihat rakan-rakan lain yang sasa dan fit sedangkan aku berperut buncit.

Aku kadang-kadang ada juga memikirkan cara yang terbaik untuk mengurangkan perkembangan perut, yang kemudiannya membawa aku kepada beberapa siri cubaan untuk jadi slim dan kurus seperti sedia kala.

Langkah 1, elakkan makan tengah hari.

Sedang aku syok nak balik ke bilik sebab kelas dah habis, kedengaran pula suara ajakan kawan sekelas ajak pergi lunch. “Acap,  jom ah pergi makan”. Aku dengan senyum jawab “Aku nak diet ah”.

“Ah takpe, kau teman aku je. Takyah la makan” , jawab beliau.

Aku pun akur dengan ajakan tersebut.

Setelah tiba di cafe, “Sedap pula tengok Nasi Ayam Noorazah Catering ni, harganya pula Cuma RM3.80. Ah rugi ni kalau tak makan. Mak kata duit habis kat makanan takpe”, getus hatiku sendirian.

“Kak, Nasi Ayam satu makan eh. Kicap lebih”.

Langkah 1: Gagal.

Langkah 2: Work Out.

“Syauqi, camna hang boleh fit eh? Ajar aku skit”, soalan padu aku lontarkan kepada kawanku merangkap jiran selang sebilik.

“Okay macam ni… Kau buat macam ni… then macam ni…..” terang beliau dengan bersungguh-sungguh siap dengan gaya semacam jurulatih Fitness Center.

“Ohh okay. Okay.” Aku balas sambil mengangguk-angguk tanda faham. “Nanti aku buat kat bilik”, sambung aku.

Sampai di bilik, “Alright! Healthy lifestyle shall start now!” suara hati aku berteriak penuh semangat. Aku pun terus memulakan senaman ringan seperti push-ups, starjump, dan sit-ups.

Tak sampai 10 minit berlalu, “Ah letih betul ni. Baik aku rehat dulu”.

……………………………

Allahuakbar, Allahuakbar!

“Eh, Maghrib dah?” kataku sambil menekan butang pause di GOM Media Player dan kemudian terus mengambil tuala dan bergegas menuju ke bilik air.

Senaman ringan 10 minit, dan bertahan sehari sahaja.

Langkah 2: Gagal.

Kegagalan demi kegagalan seringkali membuatkan aku stress dan putus harapan. Di kala aku dalam kegelapan dan putus harapan, mucul sinar kegembiraan.

Tahukah anda apakah sinar harapan?!

Snek dan makanan ringan, menjadi teman.

I think I’m gonna be obese in the next few months.

Petang itu indah, tidak seperti biasa.

Petang itu indah, tidak seperti biasa. Panas tidak begitu terik, angin sedap meniup sepoi-sepoi bahasa dan burung menyanyikan indah lagunya.  Setelah menunaikan kewajipan Zohor dan mengisi perut dengan sekeping roti canai 80sen, terlintas di minda idea bernas untuk aktiviti menarik di petang cantik sebegini.

Tanpa berlengah, kaki laju melangkah ke arah katil dan terus sahaja aku ke alam mimpi.

“Tok! Tok! Tok!” bunyi pintu diketuk kuat dibiarkan tak dilayan. Senang-senang sahaja tidur aku diganggu. Cis. “Tok! Tok! Tok!”, dia yang mengetuk masih belum mengalah. Aku dengan malas dan berat hati pergi membuka pintu.

“Abang, ada masalah kipas ke?” soal brother maintenance. Aku dengan rileks menjawab “Takde”.

“Oh okay terima kasih”, jawab beliau sambil berlalu pergi. Azham, rakan sebilik aku pun baru terjaga dari tidur.

Tengah sedap aku tidur, boleh pula abang maintenance ni datang buat kelakar. Aku terus menuju ke katil meneruskan aktiviti petang itu.

Belum aku lena sepenuhnya, “Gggggg…gggggg…”, rasa macam ada getaran di belah peha kanan.

“Ah siapa pula kacau aku di tengah kesedapan tidur petang ini”, getus hatiku sendirian.

Tangan aku perlahan mengambil telefon bimbit yang terus bergetar di dalam kocek seluar jeans UNIQLO yang dibeli semester lepas dengan diskaun harga 50%. Tiada nama tertera, hanya siri nombor 0321420219. Aku teragak-agak untuk jawab, takut ini hanyalah gurauan kakak Indonesia yang sunyi dan gersang mencari mangsa. Bukan sekali dua aku pernah dapat panggilan tak guna sebegitu, sudah banyak kali. Namun, entah kenapa kali ini aku pilih untuk menjawab sahaja.

“Selamat petang” kedengaran suara lembut seorang gadis di hujung talian. Aku diam dan terus mendengar.

“Ini Encik Asyraf ke?”, suara itu bertanya. “Ya saya” aku segera menjawab.  “Saya dari Nikon Center, dan ini ialah berkenaan lens 18-55mm encik”, suara itu menerangkan. Aku teringat kakak di kaunter Nikon Center Times Square yang aku kunjungi tempoh hari, agaknya dialah yang sedang menelefon aku sekarang.

“Ya baiklah”, aku meneruskan perbualan.

……………..

“Jadi jumlah kos repair tersebut ialah sebanyak RM503”, terang suara di hujung talian setelah diberi tahu tentang masalah lens aku dengan segala macam technical terms yang aku tidak dapat fahami.

Automatik, mata aku terbuka luas dan perasaan mengantuk hilang terus dan berlalu pergi. Jantung aku seakan berhenti seketika.

“Lima ratus tiga ringgit?”, aku soal untuk mendapatkan kepastian.

“Ya”, jawab suara itu ringkas.

“Tuhan, mana nak dapat duit banyak tu”, bisik hatiku sambil mulut menuturkan “Err kalau macam tu saya rasa hold dulu lah. Saya ambil dulu lens tu, tak perlu lagi nak repair sekarang”.

“Baiklah”, suara itu memberi jawapan.

……………..

Terus aku kusut memikirkan akan masalah baru ini. Dengan rambut yang masih tak terurus dek di’sikat’ oleh bantal dan tilam dengan berbekalkan muka basi, aku pergi ke compartment sebelah, ambil sebuah BlackBerry Bold 2 dan terus tweet tentang kejadian.

Setelah puas berkarya di Twitter,  aku menuju ke computer peribadi yang terletak di sebelah katil aku dan mula menaip.

Ah, azan ‘Asar dah pun berkumandang. Nampaknya setakat ini dulu. Sekian.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.